TERIMA KASIH SAHABAT

Monday, June 20, 2011

Luahan Seorang Lelaki Dan Luahan Seorang Perempuan

6
Ini Luahan Seorang Lelaki...

Pandang langit dan pejam mata....


Bila awak senyum kat lelaki lain, saya anggap awak senyum kat kawan awak je..
Tapi bila saya tengok perempuan lain, awak terus cubit saya..

Bila ada perempuan lain call saya, apatah lagi kalau saya yang call perempuan lain, saya terus bagitahu awak, bukan untuk buat awak cemburu, tapi saya tak sedap hati nak belaku curang kat awak..
Tapi bila awak call lelaki lain, awak tak pernah pun bagitahu saya, kalau lelaki yang call awak, lagi lah awak tak akan bagitau..

Bila awak call saya waktu saya ngantuk, saya terus je terjaga, terus hilang mengantuk..
Tapi, bila saya call awak waktu awak ngantuk, awak cakap awak nak tidur lepas tu terus letak.. Kadang-kadang awak cakap sambil mamai je.. saya tunggu je.. tengok-tengok awak dah terlena..

Bila awak nak pakai duit, awak cakap je nak berapa, kalau saya ada, terus saya bagi, kalau tak ada, kad bank lagi saya bagi.. Semua nombor pin bank saya awak tahu..
Tapi, kalau awak, saya ajak keluar pun, awak dah cakap takde duit, belum lagi saya cakap suruh awak belanja..

Bila awak cakap nak makan pizza, saya suruh awak tunggu kat tempat biasa, saya sanggup batalkan main bowling dengan kawan-kawan..
Tapi bila saya cakap, tolong belikan nasi, sebab saya tak larat nak keluar, awak cakap, “oh, tidak”..

Bila awak ajak saya keluar, walaupun esok saya ada ujian pun saya sanggup keluar lagi..
Tapi bila saya ajak awak keluar, awak cakap awak nak duduk kat bilik je, tak larat..

Bila saya nak sambut birthday awak, awak tidur, langsung awak tak hargai..
Tapi bila birthday saya, seharian awak tak contact saya..

Bila, saya tegur awak, awak selalu cari kesalahan saya nk tutup kesalahan awak..
Tapi bila awak marah saya, saya diam je, walaupun saya tak salah..

Bila saya buat salah, saya akan mintak maaf ngaku salah saya..
Tapi bila awak wat salah, saya jugak yang akan mintak minta maaf..

Bila kawan saya call depan awak, saya cakap kejap je, tak nak awak terasa..
Tapi bila kawan awak call, awak boleh je biarkan saya tunggu awak sejam..

Bila awak call masa saya tengah cakap kat phone, saya terus putuskan talian, angkat call awak...
Tapi, bila saya call masa awak ngayut, awak biarkan je saya kat talian lama-lama..

Bila awak call masa saya buat kerja, saya terus berhenti buat kerja..
Tapi, bila saya call awak masa awak buat kerja, awak cakap macam nak tak nak je, apa lagi kalau nak awak berhenti buat kerja..


*************


Luahan Seorang Perempuan...

Pandang wajahku dan renung mataku...

Bila awak tegur dan senyum kat cashier, saya sangat jeles tapi saya coolkan diri sebab saya tahu awak memang ramah dan suka bergurau, tapi dalam hati saya tertanya-tanya jeles tak awak bila saya jugak ramah dengan lelaki lain...
 
Bila awak tengah melepak dengan kawan-kawan awak, then saya call, awak tak jawab.. then awak msg awak tengah lepak.. Saya tanya dengan kawan-kawan mana.. 
Awak cakap campur-campur ada lelaki ada perempuan, saya jeles sangat tapi saya tetap cuba cool sebab saya terpikir mungkin awak tak selesa lepak bila ada saya bersama..
Tapi, alangkah bagusnya andai saya pun dapat join awak lepak di sana.. 

Awak pernah bagitahu yang ada perempuan tipu awak sebab duit.. Tapi saya tak pernah pikir nak kan duit awak.. Awak terang-terang bagitahu saya, awak tak suka perempuan mintak duit, saya paham dan diamkan aje sebab memang saya tak pernah mintak duit orang lain.. 
Saya hanya nak kan kasih sayang awak..

Awak tahu, andai saya yang ajak awak keluar bukan sebab saya nak habiskan duit awak tapi sebab saya terlalu rindukan awak... Saya akan gunakan duit saya sendiri andai awak sanggup jumpa saya..  

Awak, bila ada lelaki mahu jumpa saya, saya kan beritahu awak sebab saya rasa bersalah bila jumpa lelaki lain di belakang awak.. Ya bukan untuk buat awak cemburu tapi hati saya tak tenteram selagi saya tak bagitahu awak.. kerana saya ikhlas terhadap awak.. Tapi bila saya bagitahu rupanya awak tengah lepak dengan kawan-kawan jugak..saya tak tahu  punnnn..

Bila awak ajak saya keluar , walaupun esok saya ada ujian pun saya sanggup keluar lagi.. Hanya makan malam pun saya sanggup temankan awak walau saya sudah kenyang..
Tapi bila saya ajak awak keluar, awak cakap awak nak duduk kat rumah je seharian, awak tak larat sebab asyik busy dengan kerja..tak pe awak... saya faham...

Bila awak cakap awak baru lepas call mak awak, saya happi sangat dengar.. bangga sebab bf saya sayangkan family, tapi saya jugak berharap kalau saya dapat  dianggap seperti family awak jadi awak akan call saya jugak.. 

Bila saya call awak, awak jarang nak jawab sebab awak sangat busy.. Tapi bila awak call (mungkin satu hari nanti), saya kan terus jawab sebab awak tak pernah call saya..

Bila saya ajak msg, awak cakap boleh tapi sekejap je sebab kredit awak sikit je, Saya redha dan cuba memahami.. 

Sekarang bila saya call dan mesej awak tak pernah jawab dan balas dah... Sekarang awak dah terlalu busy dan tak ada masa untuk keluar dengan saya dah...
Awak pandang mata saya dan ucaplah walaupun pahit untuk saya dengar.. awak dah tak perlukan saya lagi dah....

**********


.

6 Response to Luahan Seorang Lelaki Dan Luahan Seorang Perempuan

June 20, 2011 at 8:39 PM Reply To This Comment

luahan yg terbaek 'ada betulnya...' kebiasaan berlaku macam nie... tp 'saya blom pernah lagi laa mengalami perkara seperti yang di sebutkan oleh saudara syaf tu!' (blom berpunya wuahahaha... single alone!)


ronda ronda bersama syaf@myobw..

June 20, 2011 at 10:14 PM Reply To This Comment

laki dan perempuan masing2 ada sifat kelemahan..coz itu diciptakan untuk saling melengkapi..:)

June 21, 2011 at 2:50 PM Reply To This Comment

huuuu

June 22, 2011 at 6:24 PM Reply To This Comment

luahan awak mcmane pulak? hihi

April 23, 2012 at 5:59 PM Reply To This Comment

serius aku terharu gile..aku mngais bile bace ni sbb aku dulu jd pemgsa..tp skrg aku dah berubah n bile bace ni aku mngis sbb aku terkengkan kisah silam aku..thnz bro..

April 24, 2012 at 10:02 PM Reply To This Comment

serius aku y bace ni pon aku ni pon aku nges sbb dlu aku buat kat org y aku syg cam ni..tp alhamdulillah skrg aku dah dia dah boleh trima aku n ubah aku jd manusia y tahu hargai org y kita syg..

Post a Comment