Jom join beramai-ramai ( KLIK KAT SINI )
Assalamualaikum... Diatas pelawaan serta jemputan dari Sapik sahabat syaf nie untuk bersama-sama menyumbangkan HADIS-HADIS dalam segmen beliau JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA ..
Jarang sekali ada blogger meganjurkan segmen berbentuk begini.. Syaf respect pada beliau sudi berkongsi bersama ilmu ALLAH ini...
Sebelum kita bersama-sama baca HADIS-HADIS yang ingin syaf kongsikan ini... Terlebih dulu syaf ucapkan bebanyak terima kasih pada SPANAR BURUK serta ABDUL FARIQUE yang telah mengeTAG syaf untk turut serta dalam segmen nie...
Hadis - 1
Doa Dan Harapan
Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...”
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Huraian :
Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:” "Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (al- Baqarah : 200-202).
Hadis - 2
Menjaga Hati
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
Bukhari dan Muslim
Huraian :
i) Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.
ii) Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya’ dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.
Hadis - 3
Tiada Tertanding Dan Tidak Sebanding
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:”Allah berfirman:”Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernh telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia.”
(Bukhari)
Huraian :
Hidup adalah satu perjuangan yang ada pahit dan getirnya. Ini berpadananlah dengan balasan syurga yang teramat indah bagi mereka yang telah berjaya menghadapi segala ujian Allah itu. Ingatlah...Tiada permaidani merah untuk hamba-hamba Allah yang benar-benar beriman di mana dengan cabaran dan ujian getir yang diberikan itu akan menjadikan keimanan seseorang semakin bertambah kerana nilaian Allah amat tinggi buat hamba-NYA iaitu mereka yang sanggup berkorban nyawa, harta dan tenaga demi agama-NYA
Hadis - 4
Taubat
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Abu Musa r.a, dari Nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”
(Muslim)
Huraian :
i) Seorang mukmin yang sedar dan berjaga-jaga tidak akan melakukan kelalaian dan boleh ditipu dua kali dalam perkara yang sama.
ii) Oleh itu dinasihatkan apabila kita telah terlanjur melakukan dosa, hendaklah kita segera bertaubat (taubat nasuha) untuk tidak melakukan dosa itu lagi kerana seorang mukmin yang sebenar apabila melakukan dosa, dia merasakan seolah-olah berada di bawah bukit, takut bukit itu akan jatuh ke atasnya. Sedangkan orang yang selalu menderhaka (melakukan dosa) melihat bahawa dosa-dosanya hanyalah seperti lalat yang lalu di atas hidungnya.
iii) Di antara syarat-syarat yang menyebabkan taubat itu diterima adalah:
a) Meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta. Contohnya orang yang tidak melakukan sembahyang mestilah kembali menunaikan sembahyang atau orang yang selalu memakan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan keji tersebut.
b) Menyesali dosa yang telah dilakukan di mana setiap kali terkenangkan dosa yang pernah dilakukan itu dia akan menangis kerana takutkan seksaan Allah S.W.T.
c) Bertekad tidak akan mengulangi dosa.
d) Mengembalikan hak kepada yang berhak. Ini adalah kerana seorang yang benar-benar ingin bertaubat, dia begitu mengharapkan agar zaman lampaunya yang dipenuhi dengan dosa dapat dikembalikan dan digantikan dengan kebaikan. Oleh itu jika dia pernah merampas, mencuri atau mengambil hak orang lain tanpa kerelaan dan keizinan tuannya maka hendaklah dikembalikan sama ada ia berbentuk harta benda, wang ringgit dan sebagainya. Namun sekiranya hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan maka dia mestilah memohon perlepasan (kemaafan) daripada orang tersebut.
e) Dalam tempoh masa- Iaitu sebelum seseorang itu didatangi ajal di mana pada saat itu taubatnya sudah tidak berguna lagi.
Ini lah sebahagian HADIS-HADIS yang dapat syaf kongsi buat renungan kita bersama termasuk diri syaf sendiri untuk sentiasa mengingati HADIS-HADIS untuk dijadikan pedoman hidup...
Segala sumber ini syaf dapat disini e-Hadith - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia... Ada banyak himpunan HADIS-HADIS anda boleh lihat disini Hadis 40 serta Mutiara Hadis .
Disini syaf nak TAG kekawan syaf agar dapat bersama-sama berkongsi ilmu ALLAH ini...
21 Response to SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA
Alhamdulillah.. terima kasih syaf sebab sudi join.. sgt jelas dan detail..terbaik..sangat mendalam.. moga kita sama2 dapat manfaat dengan menyebarkan sabda Rasulullah ni.. :)
Alhamdulillah , dah banyak timba sedikit ilmu kat sini :D
Assalamualaikum..
byknya hadis.. tq syaf sudi kongsi ilmu =)
banyak ilmu yang dapat....
(^__^)
http://cukelatberangin91.blogspot.com/2011/07/segmen-ilmiahjom-berkongsi-hadis.html
nice sharing~
:)
uit, budak bz tag saya .. hakhak!
wah~ best la hadis2 ni.. tak jumpe masa sekolah menengah dulu.. :P
eheh. ditag ? :ohno tp, fya da join maa :) btw, tengs taw ! hadis2 ni pun, manfaat. and sgt details. betol ckp sapik :angguk
@TheSyafiq Mokhtar
YEA sapk...kita bersama2 kongsi ilmu... :)
@Abdul Farique
Betul tu AF.. :)
@miss ct
walaikummusalam ct....
terima kasih gak sbb ct sudi jengok kat sini....
@cukelat_berangin91
yea betul tu....kita akan cari ilmu sebanyak mana yang mungkin... :)
@Cik Bell
wellcome... :) jom lah sama2 join...
@Cik Ladies
:) budak nakal pun dah join kan... bagus2.... :)
@FYA PELANG!
oPpsssss..tak perasaan lak dah join... hihi...
aku ????? x ajak ke
@peNulis SeNjA
jom2 sekali penulis senja... :)
http://spanarburuk.blogspot.com/2011/07/saya-nak-ga-dari-korea-dan-bandung.html
anda ditag..
salam. sudah follow kat sini. jgn lupa singgah kat blog edy ya. tq
uwaaa,tiada tertanding...camna la syurga Allah kan,selagi kita bley bayang selagi tu la bukan syurga Allah
Syaf, tahniah. k.leeya pun suka join segmen juga. k.leeya pasti support, walaupun syaf tak tagging k.leeya. hikss. Berkarya mmg seronok kan. Apa kata k.leeya pun tagging Syaf utk memanjangkan lg silaturrohim. cer tengok sini http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/07/giveaway-duo-by-duniaku-hatisamronkin.html
syukran ya syaf..nice sgt..teruskn perjuanagn mggapai cintaNYA...=)
Post a Comment