MENGGARAP SEBUAH DAMAI :
Termanggu Di Tepian Usang..
Merenung Senja Merah Berlabuh Pulang...
Menanti Malam Membuka Tirainya..
Hati Tertanya-Tanya...
Bisakah Damai Ini Berterusan..??
Meredakan Omabak Gundah Celaru..
Dalam Sejalur Kehidupan..
Telah Nyata Di Takdirkan...
Pada Insan Yang Bernama AKU..
Di Sini....
Di Pantai Rasa Yang Sepi...
Aku Hanya Mampu Mencipta Bait-Bait Kata...
Berpuisi Kah Aku..
Mencoretkan Gumpalan Ayat...
Dengan Bebayang Syurga..
Kedamaian Rasa Di sini..
Cuma Angin Dan Ombak Laut...
Yang Tahu..
Biarkan Ianya Turut Sama Berlagu..
Berdendang Seiringan...
Dengan Melodi Jiwa Dinyanyikan..
Ku Garap Sebuah Damai..
Biar Ku Kutip Keinginan Rasa..
Ku Kutip Syahdu Dan Rindu..
Ku Kutip Jua Semaian Hakiki...
Biar Terkubur Segala Resah Melanda..
Kenangan Di Sini..
Terpeluk Erat Dalam Kamus Diri..
Besembunyi Lah Hati..
Merenungi Sejuta Kisah..
Sebuah Damai Tanpa Titiknya...
1 Response to Puisi | Menggarap Sebuah Damai
mampu kah damai di garap..
kerana rasa hati tidak seperti melakar abstrak..
Post a Comment