TERIMA KASIH SAHABAT

Showing posts with label Ada Cerita. Show all posts
Showing posts with label Ada Cerita. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

Contest : Cerita Seram

72

SYARAT-SYARAT :
  • Letak banner contest ini kat entry anda. Link kan ke contest ini.
  • Buat satu entry kisah hantu yang pernah terjadi sepanjang hidup anda atau anda nak bercerita tentang hantu yang anda tahu. (jgn cerita semua jenis hantu cukup satu jenis je)
  • Post kan cerita anda diruang komen entry ini..
  • Harus Tag sekurang-kurangnya dua orang blogger.
Mudah saja syaratnya kan.

HADIAHNYA :
  • Pertama - RM30 (topup)
  • Kedua   - RM20 (topup)
  • Ketiga   - RM10 (topup)
Pemenang-pemenang akan di pilih mengikut cerita yang paling seram yang mampu buat bulu roma syaf berdiri...

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..

Nama pemenang akan syaf umumkan kat blog syaf..


.

Wednesday, January 4, 2012

Itukah Perbezaannya : Suka , Sayang dan Cinta

5



SESEORANG :

Disaat kamu "MENYUKAI' seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri..
Disaat kamu "MENYAYANGI" seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri..
Disaat kamu "MENCINTAI" seseorang, kamu akan melakukan apa pun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu..

*Saat kamu MENYUKAI seseorang dan berada di sisinya maka kamu akan bertanya, "Bolehkah aku mengenalimu?"
*Saat kamu MENYAYANGI seseorang dan berada di sisinya maka kamu akan bertanya, "Bolehkah aku memelukmu..?"
*Saat kamu MENCINTAI seseorang dan berada di sisinya maka kamu akan menggenggam erat tangannya...

AIRMATA :

*SUKA adalah disaat dia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis.."
*SAYANG adalah disaat dia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
*CINTA adalah disaat dia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama."

PARAS RUPA :

*SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik dan menawan."
*SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
*CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata, "Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."

BENCI :

*Pada saat orang yang kamu SUKAI menyakitimu, maka kamu akan marah dan tak mahu lagi bercakap dengannya..
*Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakitimu, kamu akan menangis untuknya..
*Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kau akan berkata, "Tak apa dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.."

SOAL PERASAAN : 

*Pada saat kamu SUKA padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu..
*Pada saat kamu SAYANG padanya, kaum akan MEMBIARKANNYA MEMILIH..
*Pada saat kamu CINTA padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...

MEMERLUKAN :

*SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu membawa keuntungan saje..
*SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan kamu..
*CINTA adalah kamu akan menemaninya di saat bagaimana pun keadaannya..

IKHLAS:

*SUKA adalah hal yang mengharap..
*SAYANG adalah hal memberi dan menerima..
*CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.. Saat kamu Mencintai seseorang, kamu akan melakukan apa pun jua untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu..


**Pikirlah dengan matang, dan bezakan apa itu SUKA, SAYANG, dan CINTA..


.

Sunday, September 11, 2011

Ukiran Jiwa | Awie | Membawa Aku Ke Dalam Khayalan Sebentar

3

Assalamulaikum...
Tengah cari-cari lagu kat youtube terjumpa lagu yang membuatkan hati ini rasa tercarik-carik... Adoi...
Termenung aku bila mendengar lagu UKIRAN JIWA - AWIE ini... Ada cerita disebaliknya...

UKIRAN JIWA 

Kedamaian Yang Ku Cari...
Masih Belum Terbukti...
Jauh Lagi Perjalanan Ini...

Jiwa Tak Pernah Tenteram...
Kasih Lama Tenggelam..
Di Lubuk Hati Yang Paling Dalam...

Berlumut Lah Ukiran Impian..
Entah Berapa Lama...
Harus Ku Nanti..
Sinar Kasih Sayang..
Menyinari Kembali...

Dengan Nada..Lagu Dan Irama...
Ku Luahkan Jua Rasa Kecewa..
Semoga Kau Dapat Mendengarnya...
Semoga Terbuka Pintu CintaMU..

Yang Pasti Hujan..Tak Berterusan..
Matahari Kan Tetap Terus Bersinar...

Kini Terbukti Apa Yang Di Nanti..
Dengan Rela Ku Lepaskan Kau Pergi..
Setelah Sedekad Kenangan Terpahat..

Di Ruang Tak Bertempat...
Dengan Nada..Lagu Dan Irama..
Ku Luahkan Jua Rasa Kecewa...
Pada Cinta Yang Dahulu Kita..

Ukirkan Bersama..
Di Ruang Asmara...
Di Bumi Yang Nyata...
Di Dunia Kita..


.

Rindu | Lama Tak Update | Terima Kasih

4

Assalamualaikum... 
Salam Raya untuk semua... Rindunya nak berblogwalking kembali... Setelah sebulan lebih blog beku tanpa ada penulisan.. Semuanya diatas kerja yang menuntut untuk dilaksanakan... Nak mula menulis pun macam dah tak reti je sekarang... Terlebih dahulu syaf pohon kemaafan jika ada selama ini salah silap... Sejuta kemaafan syaf pohon..


Dan terima kasih jua pada yang sudi follow blog syaf selama ketiadaan syaf.... Rasa terharu sangat tak sangka masih ada yang mengikuti blog ini walaupun dah terlalu lama menyepi.. Sekalung jutaan terima kasih untuk anda , insyaallah syaf akan cuba terjah blog korang satu persatu... Walaupun blog ini hanya banyak puisi hope  korang masih sud beri tunjuk ajar untuk syaf perbaiki penulisan dari masa ke semasa... Terima kasih sekali lagi....

Penulisan kini ber mula..... 

Ada Mata Pandang....Ada Telinga Dengar....Ada Hati Rasa..Ada Akal Guna...

Wassalam...


.

Wednesday, July 13, 2011

#4 Wordless Wednesday | Ada Ke

8

Sumber Google


.

Wednesday, July 6, 2011

#3 Wordless Wednesday - Pokok Pelik

9

SumBer Dari Google .

.

Tuesday, July 5, 2011

Pelik , Unik , Apa Kah Ini

17

ApAkah Yang koRang FikiR Kan...???


.

Wednesday, June 29, 2011

Bukti Gambar: Sebalik Kebenaran Senibina Putrajaya Berciri Freemason

18
Assalamualaikum pada yang selalu singgah membaca di blog syaf ini...

SUMBER : AR-RIFKE


Percaya atau tidak, ramai diantara kita yang yakin dan tahu bahawa banyak senibina di Malaysia ini diselitkan dengan unsur-unsur freemason. Namun begitu ramai pula yang menyangkal dan tidak percaya akan freemason ini. Namun begitu sebagai pendahuluanya sama-samalah anda renungkan 3 hadith Nabi SAW ini..




“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka”.
(HR Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar.)
“Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain golongan umat ku (umat Islam)”.
(HR Tirmidzi dari Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.)
“Jangan kalian menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani..”
(HR Tirmidzi.)

Bukti Gambar: Sebalik Kebenaran Senibina Putrajaya Berciri Freemason

Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.
                                         Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)


Bukti Gambar: Sebalik Kebenaran Senibina Di Alamanda, Putrajaya Berciri Freemason



Bukti Gambar: Sebalik Kebenaran Senibina di Presint 5, Putrajaya Berciri Freemason






Bukti Gambar: Sebalik Kebenaran Senibina Tiang Obelisk Putrajaya Berciri Freemason



Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima.

Lebih Lanjut di: http://www.ar-rifke.com/2011/03/bukti-gambar-sebalik-kebenaran-senibina-putrajaya-berciri-freemason.html#ixzz1QemhmeD6

.

# 2 Wordless Wednesday

7

Biar Gambar Yang Menceritakan..

.

Tuesday, June 28, 2011

Google Page Rank (PR) Sekadar Nukilan Ikhlas Sudah Naik

23
Assalamualaikum Semua...

Disana-sini HEBOH orang memperkatakan tentang rank sesebuah blog.. Untuk maklumat korang semua baru-baru ini GOOGLE telah mengemas kini senarai (PR) setiap website diseluruh DUNIA..

JOM CHECK PR DISINI :



Check Page Rank of your Web site pages instantly:
This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service
So Blog syaf SeKaDar NukiLAn iKhLAs pun terkena tempiasnya yang dulu yang PR0 sekarang sudah PR2..
Terus terang syaf katakan yang syaf tak tahu sangat apa yang dikatakan dengan PR nie.. Tak tahu apa kelebihan serta keistimewaan PR nie..


Google PageRank Checker

Secara jujurnya syaf masih lagi cuba untuk memahami apa itu PR dan jugak SEO.. Disini yang cuba ambil petikan dari sebuah blog http://www.tutorialblogging.co.cc/

Apa itu PAGE RANK ??:

Tentunya sudah banyak yang mengetahui tentang Google PageRank. Bagi yang belum mengetahui, saya akan menjelaskan sedikit mengenai pagerank dan apa kegunaan pagerank. 

PageRank (PR) adalah nilai/angka yang diberikan oleh google terhadap suatu website. Page rank juga termasuk bagian dari SEO dan merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan ranking website pada hasil pencarian google selain dengan pengoptimalan keyword

Nilai yang terdapat pada pagerank terdiri dari 0-10. Lalu, bagaimana google menentukan pagerank suatu website? Pagerank ditentukan oleh jumlah link yang tertuju ke website Anda. Dan tentunya tidak sembarangan link, namun link yang berkualitas.

Untuk itu, Anda harus terus mencari backlink yang berkualitas ke situs/blog Anda. Dengan banyaknya link yang tertuju ke blog Anda, maka Anda akan memperoleh beberapa keuntungan.
  • Dapat meningkatkan PageRank
  • Dapat menambah trafik (jumlah pengunjung)
  • Mempopulerkan website Anda
  • Dan dapat meningkatkan posisi website Anda di search engine
PageRank yang tinggi memang perlu untuk situs/blog Anda. Tapi pengoptimalan keyword juga tidak kalah pentingnya dalam meningkatkan ranking blog Anda pada hasil pencarian google dan search engine lain. Untuk itu Anda perlu membaca posting yang telah saya buat mengenai pengoptimalan keyword pada artikel 5 Tips Dasar SEO.

Nah, sekarang Anda sudah tahu apa itu google pagerank dan kegunannya. Sekarang yang perlu Anda tahu, yaitu bagaimana cara meningkatkan pagerank blog Anda. Untuk mengetahuinya, silahkan baca di sini.

Sumber http://www.tutorialblogging.co.cc/

Dan selain dari PR, SEO juga memainkan peranan yang penting untuk sesebuah blog itu untuk lebih dikenali..

TIP-TIP SEO :

Pada page ini anda akan lihat himpunan tips-tips SEO dari blog rakan-rakan blogger. Himpunan link tersebut termasuklah tutorial, artikel, widget dan semua serba sedikit mengenai dunia SEO tidak kira sama ada berplatform Blogger(Blogspot) mahupun Wordpress. Setiap link yang dipaparkan dibawah akan dibawa terus ke blog penulis dan mempunyai credit kepada penulis. 



SUMBER : 



Syaf rasa mungkin ini sahaja dulu yang dapat syaf kongsi pada semua..

P/S : CARI LAH ILMU SEBANYAK MANA YANG ANDA MAHUKAN , JANGAN ADA RASA PUTUS ASA... TERUS BERUSAHA..




.

Thursday, June 23, 2011

Bowling OH Bowling Untuk BCR

14


Assalamualaikum...
Sempena Mini Gath BCR..
Game bowling Akan diadakan..
Dengan tujuan itu kepada Geng BCR.. 
Hope Sudi Bagi memilih tarikh Mana Yang sesuai..
Untuk kita adakan Game Bowling Ini..
Kotak Vote ada Di SideBar sebelah kanan.. 
Ok terima kasih...
Wassalam...

.

Wednesday, June 22, 2011

# Wordless Wednesday

8


Kredit : LyzX

pssstt : apa yang kurang...?? atau ok..!!

.

Monday, June 20, 2011

Luahan Seorang Lelaki Dan Luahan Seorang Perempuan

6
Ini Luahan Seorang Lelaki...

Pandang langit dan pejam mata....


Bila awak senyum kat lelaki lain, saya anggap awak senyum kat kawan awak je..
Tapi bila saya tengok perempuan lain, awak terus cubit saya..

Bila ada perempuan lain call saya, apatah lagi kalau saya yang call perempuan lain, saya terus bagitahu awak, bukan untuk buat awak cemburu, tapi saya tak sedap hati nak belaku curang kat awak..
Tapi bila awak call lelaki lain, awak tak pernah pun bagitahu saya, kalau lelaki yang call awak, lagi lah awak tak akan bagitau..

Bila awak call saya waktu saya ngantuk, saya terus je terjaga, terus hilang mengantuk..
Tapi, bila saya call awak waktu awak ngantuk, awak cakap awak nak tidur lepas tu terus letak.. Kadang-kadang awak cakap sambil mamai je.. saya tunggu je.. tengok-tengok awak dah terlena..

Bila awak nak pakai duit, awak cakap je nak berapa, kalau saya ada, terus saya bagi, kalau tak ada, kad bank lagi saya bagi.. Semua nombor pin bank saya awak tahu..
Tapi, kalau awak, saya ajak keluar pun, awak dah cakap takde duit, belum lagi saya cakap suruh awak belanja..

Bila awak cakap nak makan pizza, saya suruh awak tunggu kat tempat biasa, saya sanggup batalkan main bowling dengan kawan-kawan..
Tapi bila saya cakap, tolong belikan nasi, sebab saya tak larat nak keluar, awak cakap, “oh, tidak”..

Bila awak ajak saya keluar, walaupun esok saya ada ujian pun saya sanggup keluar lagi..
Tapi bila saya ajak awak keluar, awak cakap awak nak duduk kat bilik je, tak larat..

Bila saya nak sambut birthday awak, awak tidur, langsung awak tak hargai..
Tapi bila birthday saya, seharian awak tak contact saya..

Bila, saya tegur awak, awak selalu cari kesalahan saya nk tutup kesalahan awak..
Tapi bila awak marah saya, saya diam je, walaupun saya tak salah..

Bila saya buat salah, saya akan mintak maaf ngaku salah saya..
Tapi bila awak wat salah, saya jugak yang akan mintak minta maaf..

Bila kawan saya call depan awak, saya cakap kejap je, tak nak awak terasa..
Tapi bila kawan awak call, awak boleh je biarkan saya tunggu awak sejam..

Bila awak call masa saya tengah cakap kat phone, saya terus putuskan talian, angkat call awak...
Tapi, bila saya call masa awak ngayut, awak biarkan je saya kat talian lama-lama..

Bila awak call masa saya buat kerja, saya terus berhenti buat kerja..
Tapi, bila saya call awak masa awak buat kerja, awak cakap macam nak tak nak je, apa lagi kalau nak awak berhenti buat kerja..


*************


Luahan Seorang Perempuan...

Pandang wajahku dan renung mataku...

Bila awak tegur dan senyum kat cashier, saya sangat jeles tapi saya coolkan diri sebab saya tahu awak memang ramah dan suka bergurau, tapi dalam hati saya tertanya-tanya jeles tak awak bila saya jugak ramah dengan lelaki lain...
 
Bila awak tengah melepak dengan kawan-kawan awak, then saya call, awak tak jawab.. then awak msg awak tengah lepak.. Saya tanya dengan kawan-kawan mana.. 
Awak cakap campur-campur ada lelaki ada perempuan, saya jeles sangat tapi saya tetap cuba cool sebab saya terpikir mungkin awak tak selesa lepak bila ada saya bersama..
Tapi, alangkah bagusnya andai saya pun dapat join awak lepak di sana.. 

Awak pernah bagitahu yang ada perempuan tipu awak sebab duit.. Tapi saya tak pernah pikir nak kan duit awak.. Awak terang-terang bagitahu saya, awak tak suka perempuan mintak duit, saya paham dan diamkan aje sebab memang saya tak pernah mintak duit orang lain.. 
Saya hanya nak kan kasih sayang awak..

Awak tahu, andai saya yang ajak awak keluar bukan sebab saya nak habiskan duit awak tapi sebab saya terlalu rindukan awak... Saya akan gunakan duit saya sendiri andai awak sanggup jumpa saya..  

Awak, bila ada lelaki mahu jumpa saya, saya kan beritahu awak sebab saya rasa bersalah bila jumpa lelaki lain di belakang awak.. Ya bukan untuk buat awak cemburu tapi hati saya tak tenteram selagi saya tak bagitahu awak.. kerana saya ikhlas terhadap awak.. Tapi bila saya bagitahu rupanya awak tengah lepak dengan kawan-kawan jugak..saya tak tahu  punnnn..

Bila awak ajak saya keluar , walaupun esok saya ada ujian pun saya sanggup keluar lagi.. Hanya makan malam pun saya sanggup temankan awak walau saya sudah kenyang..
Tapi bila saya ajak awak keluar, awak cakap awak nak duduk kat rumah je seharian, awak tak larat sebab asyik busy dengan kerja..tak pe awak... saya faham...

Bila awak cakap awak baru lepas call mak awak, saya happi sangat dengar.. bangga sebab bf saya sayangkan family, tapi saya jugak berharap kalau saya dapat  dianggap seperti family awak jadi awak akan call saya jugak.. 

Bila saya call awak, awak jarang nak jawab sebab awak sangat busy.. Tapi bila awak call (mungkin satu hari nanti), saya kan terus jawab sebab awak tak pernah call saya..

Bila saya ajak msg, awak cakap boleh tapi sekejap je sebab kredit awak sikit je, Saya redha dan cuba memahami.. 

Sekarang bila saya call dan mesej awak tak pernah jawab dan balas dah... Sekarang awak dah terlalu busy dan tak ada masa untuk keluar dengan saya dah...
Awak pandang mata saya dan ucaplah walaupun pahit untuk saya dengar.. awak dah tak perlukan saya lagi dah....

**********


.

Tuesday, June 7, 2011

Berapa Harga/Nilai Blog Anda

10


Assalamualaikum.. Dalam tengah menerjah blog kekawan syaf jumpa lah website nie http://bizinformation.com.my
dari blog seseorang.. Nak gak try ""wah terperajat gak bila tengok harga dan nilai blog syaf seperti diatas""..
Rasanya kalau Blogger-blogger Otai sure dah tahu akan website tu kan.. Syaf yang baru dalam dunia maya nie teruja nak cuba..
Jom lah , kita cuba bermain dengan Harga dan Nilai sebuah Blog... Hanya untuk sesuka je..

.

Monday, May 30, 2011

Hawa Tercipta Disaat Adam Tertidur - MENGAPA..??

13


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit ...keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci... Hawa. 
Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya. 

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. 

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” 

Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki. Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. 

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang......




SUMBER DARI (KLIK)

.

Saturday, May 14, 2011

Bersyukur, Redha dan Terima Seadanya

10
Bersyukur, Redha dan Terima Seadanya: "






Assalamualaikum..

Salam Ukwah untuk semua..

Bicara perihal hati, bicara tentang perasaan terlalu sukar untuk dimegertikan.. Segalanya berhubung-kait dengan sebuah perjalanan kehidupan.. Makanya kita boleh rangkumkan bahawa apa saja yang ingin kita fikirkan, apa saja yang ingin kita perkatakan segalanya tak boleh lari daripada kehidupan ini..

Sejauh mana kita semua mengakui ungkapan bahawa HIDUP ITU INDAH..?? Setakat mana pula di antara kita ini yang boleh menerima hakikat bahawa yang indah itu hanya sementara..?? Atau adakah iannya menjanjikan bahagia..?? Atau mungkin jawapan kita ''entah'' - kerana kita sendiri tak pasti kehidupan yang macam mana kita inginkan..

Sebenarnya soal keinginan setiap makhluk bernama manusia tak pernah terpuaskan.. Buatlah bagaimana cara sekali pun, rasa ketidakpuasan itu akan hujud jua.. Tidak banyak sekelumit pasti ada..! Jadi bagaimana sekarang..?? Bagaimana kita mahu meneruskan kehidupan sementara ini..?? Bersyukurlah kerana dengannya hati kita akan lebih terbuka untuk menerima apa jua hakikat.. Walau pahit, walau perit.. Jika kita sentiasa ingat.. Jika kita sentiasa bersyukur bila mendapat kurniaan yang baik-baik.. Malah boleh menerima musibah yang melanda, kerana ketika itu kita sedar bahawa setiap kejadian ada hikmah yang terselindung disebaliknya..

Kalau kita rungutkan tentang nasib diri, kalau kita hiba kan malang yang menimpa, kalau kita kesalkan kekurangan yang dirasa makanya percayalah..- kita tak akan ke mana-mana pun..! Masih tetap kaku di tempat yang sama.. Jangan biarkan nafsu mematikan hati kita.. Memberhentikan akal fikiran kita..

Sebab itu kita kena berbalik pada hati.. Pujuk lah hati untuk belajar menerima kebaikan serta keburukan dengan hati serta akal yang benar.. Kita sudah tahu bahawa dalam kehidupan ini sesuatu itu dijadikan berpasang-pasangan.. Bukan setakat kita makhluk bernama manusia ini saja yang dijadikan berpasangan.. Malah yang lain-lain jua begitu.. Ada baiknya - Ada buruknya... Ada dosa - Ada pulak pahalanya... Bila kita tahu mengawal hati, mengawal perasaan maka kita akan lebih mudah untuk memilih diantara dua itu... Fikir-fikirkan lah untuk renungan..

Wassalam..
"

.

Monday, March 14, 2011

JANGAN...!!! LaKUkan PerKara iNi KeTiKA MeMiKAt WaniTa

9


Bagi memikat wanita yang cantik dan diidamkan oleh ramai lelaki, anda sepatutnya tidak melakukan perkara-perkara dibawah;

1. Jangan Melayan terlalu baik.

Wanita tidak sukakan lelaki yang terlalu baik terhadapnya selagi tidak ada apa-apa hubungan. Mereka akan berasa kurang selesa bila anda terlalu mengambil berat terhadap mereka. Jadi, cuba elakkan daripada menjadi lelaki yang terlalu baik diawal pertemuan.

2. Jangan Membahasakan pertemuan sebagai “dating”.

Jangan sesekali membahasakan pertemuan anda sebagai “dating” di hadapan wanita. Anda bukan sahajamenunjukkan minat terhadap wanita itu, malah membuatkan wanita itu berasa kurang selesa dengan pertemuan yang dilakukan. Kontrol macho la sikit sahabatku. Hahaa..

3. Jangan Memberikan hadiah.

Apa-apa jenis hadiah tidak sepatutnya diberikan kepada wanita pada pertemuan pertemuan awal. Lelaki selalunya memberikan bunga, coklat, teddy bear dan sebagainya tanpa diminta oleh wanita. Mereka ingin menunjukkan rasa suka mereka terhadap wanita dengan cara sebegini. Sebenarnya lelaki jenis ini telah tersilap, wanita cantik tidak perlukan semua ini dari lelaki yang mereka baru kenali. Ingat! Selagi mereka belum betul-betul tertarik kepada anda, elakkan dari memberi hadiah atau sebagainya.

4. Jangan Mengajak menonton wayang.

Jangan anggap wanita selesa menonton wayang dengan lelaki yang mereka baru kenali. Mereka juga mungkin akan berasa tidak selamat dengan anda. Walaupun niat anda ingin membuatkan mereka gembira, tetapi masanya tidak sesuai. Anda perlu menggunakan masa tersebut untuk membina kepercayaan dan daya tarikan terhadap diri anda.


**SeLAmat MeNcuBA.. Hihi.. SeKaDar ReNunGan Je..**

.

Sunday, March 13, 2011

RePLika KerETa DipERBUat DariPada Tanah LiaT

0


LONDON - Sebuah replika kereta Chevrolet saiz sebenar yang diperbuat daripada 1.5 tan tanah liat dipamerkan di daerah Clerkenwell di sini, lapor sebuah akhbar di sini semalam.
Replika model yang menelan belanja £6,000 (RM29,417) itu dibuat sempena pelancaran kereta model baru, Chevrolet Orlando yang memiliki tujuh tempat duduk.
Sebanyak lapan orang pengukir bertungkus-lumus menyiapkan ukiran kereta tersebut dalam tempoh dua minggu. - Agensi

.