TERIMA KASIH SAHABAT

Thursday, April 21, 2011

Hakikat - part 4

2
Assalamualaikum...


ErHhmmmmm....melepaskan lelah setelah penat bekerja.. Duduk di tepi meja, kertas tersedia sudah... Jari-jemari ringan menulis sambungan ini... Melihat ragam manusia yang terlalu banyak bezanya.. Ada yang begitu, dan ada jua yang begini.. Benar kah kata orang ""Hidup ini umpama pentas sandiwara , dan kita adalah watak-watak pelakonnya""..???

Tapi yang paling penting sentiasalah menanamkan sifat ikhlas dalam setiap perbuatan, mahu pun disetiap perkerjaan.. Ini merupakan kunci penting bagi terbukanya pintu pertolongan ALLAH dan sesungguhnya pekerjaan tanpa niat yang ikhlas akan menjadi sia-sia... Sunguh-sunguhnya pasti kita mahukan hasil dari sesuatu yang kita lakukan itu berpanjangan dan berkekalan..

Mudah-mudahan dengan usaha penuh keikhlasan akan memberi kesan lebih bermakna dalam hidup kita serta insan lain.. Dengan keikhlasan ditambah dengan kesungguhan.. Kemudian tanyakan kepada diri kita sendiri ""Kerana apa kita melakukan sesuatu itu"".. Adakah semata-mata untuk kepentingan diri sendiri atau apa yang kita lakukan ini adalah kerana MAHA PENCIPTA... Kita pasti akan merasa lebih tenang, lebih nyaman dan jua aman andai sesuatu yang dilakukan itu berkait dengan jalan MAHA AGUNG...

Harus diingat, kehidupan kita di alam fana ini memerlukan keREDHAan-NYA jika ingin mengecapi sebuah kehidupan yang sempurna... Sesungguhnya kita juga telah dijanjikan dengan sebuah kehidupan abadi kelak, namun harus melalui kehidupan sementara ini dengan sebaik-baiknya dahulu... Setiap sesuatu itu perlukan pengorbanan, perlukan tenaga dan waktu yang bukan sedikit... Andai segalanya dilakukan kerana-NYA, usah risau akan ada ganjaran yang bakal diterima, janji-janji MAHA PENCIPTA pasti menanti....

marilah kita renung-renungkan.....

***bersambung lagi...***

.

2 Response to Hakikat - part 4

April 24, 2011 at 7:29 PM Reply To This Comment

bukan perjuangan tanpa kesulitan, tapi dalam kesulitan tercatit ketenangan, kita tak sendirian kerana Allah sentiasa bersama.

April 25, 2011 at 2:53 AM Reply To This Comment

@izzati wanie
THank BS....

Post a Comment