TERIMA KASIH SAHABAT

Saturday, May 14, 2011

Bersyukur, Redha dan Terima Seadanya

10
Bersyukur, Redha dan Terima Seadanya: "






Assalamualaikum..

Salam Ukwah untuk semua..

Bicara perihal hati, bicara tentang perasaan terlalu sukar untuk dimegertikan.. Segalanya berhubung-kait dengan sebuah perjalanan kehidupan.. Makanya kita boleh rangkumkan bahawa apa saja yang ingin kita fikirkan, apa saja yang ingin kita perkatakan segalanya tak boleh lari daripada kehidupan ini..

Sejauh mana kita semua mengakui ungkapan bahawa HIDUP ITU INDAH..?? Setakat mana pula di antara kita ini yang boleh menerima hakikat bahawa yang indah itu hanya sementara..?? Atau adakah iannya menjanjikan bahagia..?? Atau mungkin jawapan kita ''entah'' - kerana kita sendiri tak pasti kehidupan yang macam mana kita inginkan..

Sebenarnya soal keinginan setiap makhluk bernama manusia tak pernah terpuaskan.. Buatlah bagaimana cara sekali pun, rasa ketidakpuasan itu akan hujud jua.. Tidak banyak sekelumit pasti ada..! Jadi bagaimana sekarang..?? Bagaimana kita mahu meneruskan kehidupan sementara ini..?? Bersyukurlah kerana dengannya hati kita akan lebih terbuka untuk menerima apa jua hakikat.. Walau pahit, walau perit.. Jika kita sentiasa ingat.. Jika kita sentiasa bersyukur bila mendapat kurniaan yang baik-baik.. Malah boleh menerima musibah yang melanda, kerana ketika itu kita sedar bahawa setiap kejadian ada hikmah yang terselindung disebaliknya..

Kalau kita rungutkan tentang nasib diri, kalau kita hiba kan malang yang menimpa, kalau kita kesalkan kekurangan yang dirasa makanya percayalah..- kita tak akan ke mana-mana pun..! Masih tetap kaku di tempat yang sama.. Jangan biarkan nafsu mematikan hati kita.. Memberhentikan akal fikiran kita..

Sebab itu kita kena berbalik pada hati.. Pujuk lah hati untuk belajar menerima kebaikan serta keburukan dengan hati serta akal yang benar.. Kita sudah tahu bahawa dalam kehidupan ini sesuatu itu dijadikan berpasang-pasangan.. Bukan setakat kita makhluk bernama manusia ini saja yang dijadikan berpasangan.. Malah yang lain-lain jua begitu.. Ada baiknya - Ada buruknya... Ada dosa - Ada pulak pahalanya... Bila kita tahu mengawal hati, mengawal perasaan maka kita akan lebih mudah untuk memilih diantara dua itu... Fikir-fikirkan lah untuk renungan..

Wassalam..
"

.

10 Response to Bersyukur, Redha dan Terima Seadanya

May 13, 2011 at 1:01 AM Reply To This Comment

assalam syaf......wahhh........hehhe
yg pntg jaga hati kan kan... :)

May 13, 2011 at 1:28 AM Reply To This Comment

(':

May 13, 2011 at 1:38 AM Reply To This Comment

guna lah akal fikiran jagn guna nafsu... ingat lah kan dunia nie semntara je... insaf lak eh

May 14, 2011 at 12:48 PM Reply To This Comment

nasihat yg baik..
teruskn..

May 14, 2011 at 8:12 PM Reply To This Comment

@toyolkiut
terima kasih tk :)

May 14, 2011 at 10:18 PM Reply To This Comment

http://ctqueen.blogspot.com/2011/04/segmen-blog-review-by-pandai-ke-aq.html

join je..komen la pape..psal blog maira...satu komen pon takpe..warna xsesuai ke..berat ke..xkemas ke...header xlawa ke...ckap je..

May 17, 2011 at 7:39 PM Reply To This Comment

Salam. Tajuk Blog anda Menarik Perhatian. Happy Blogging & Do visit me :)

May 18, 2011 at 5:54 AM Reply To This Comment

@BegItu
terima kasih yea...

June 7, 2011 at 1:42 PM Reply To This Comment

hati yg sentiasa memaafkan dan bersyukur atas setipa perkara yg menimpa diri mampu menerima bahawa kehidupan itu adalh indah biarpun perit

September 29, 2012 at 11:51 AM Reply To This Comment

nk mintak permisi share di FB.. rs insaf pulak bc entri ni..:D

Post a Comment