Assalamualaikum..
Terasa ringan lak jari jemari nak mecoretkan sesuatu disini.. Nak tak nak aku cuba gak menaip sepatah dua kata kat sini... Sebut je tentang hakikat semuanya terdiam.. Semuanya terpana kaku seolah-olah hakikat itu menjadi titik noktah yang kekal.. Pada hal kita masih ada pilihan yang terbaik..kerana kita sentiasa diberi yang terbaik... Cuma kita harus yakin disetiap urusan kita masih ada nikmatnya yang berbeza-beza... Jangan terus menyalahkan diri sendiri..(aku pun kekadang macam tu gak) hihi...
Kenyataan itu pahit untuk ditelan..! Hakikat itu sakit untuk diterima..! Begitu lah kebanyakkan daripada kita pastinya tak pernah lepas dari berdepan dengan sebuah kenyataan dan hakikat kehidupan.. Memang sukar untuk dinyatakan , bagaimana yang disebut sebagai "MENERIMA KENYATAAN", kerana bukan setiap dari kita mampu serta boleh menerima sesuatu..
Baik mahu pun yang buruk - apalah bezanya kalau kita tak mampu menghargai kebaikkan.. Dan tak pernah menjadikan yang buruk itu sempadan!! kekadang kita tertanya-tanya adakah "KEHIDUPAN MENGAWAL KEADAAN atau KEADAAN YANG MENGAWAL KEHIDUPAN...???"
Renungkan lah...
1 Response to Hakikat - part 1
hakikat adalah suatu realiti yg perlu kita hadapi dgn hai yg tabah...
moga dirimu terus kuat untk meniti hari2 dlm hidupmu
Post a Comment