TERIMA KASIH SAHABAT

Sunday, April 17, 2011

Hakikat - Part 3

3
Assalamualaikum...

Apa khabar semua... Lama sungguh sambungan entry Hakikat nie tertangguh... Dalam suasana sejuk nie, dapat lak ilham nak memulakan penulisan...

Hampir setiap daripada kita pernah mengalami masa-masa sukar... Kehidupan ibarat roda yang sentiasa berputar.. Ada waktunya kita diatas, dan pada waktu yang lain kita berada dibawah pula.. Kita ini mahluk yang serba kekurangan.. Kepada siapa lah selayaknya kita mengadu..?? YEa jawapannya sudah pasti kepada MAHA PENCIPTA... 

Kita sebagai manusia yang memiliki kelemahan akan selalu mengharap pertolongan ALLAH yang MAHA KUASA, khususnya pada saat-saat genting atau dalam situasi yang menekan.. Namun harus diingat, bahawa ALLAH memberi pertolongan-NYA kepada kita hanya bila ada usaha daripada diri kita sendiri.. DIA tidak memberi pertolongan-NYA seumpama sesuatu yang dijatuhkan begitu saja dari langit... Bukan semudah itukan...

Kita jangan sombong untuk meminta pertolongan dari-NYA dan jangan pula menjadi seorang yang malas untuk berusaha.. Setiap sesuatu yang terjadi mesti ada sebab, mesti ada punca... Kalau tanpa usaha mana mungkin mampu meraih segalanya.. Yang pipih tak datang melayang, yang pauh tak datang bergolek..

MAHA PENCIPTA telah menyatakan bahawa ""Sesungguhnya ALLAh tidak merubah keadaan satu-satu kaum itu sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri""

Mmm..rasanya cukup takat nie dulu internet tak mengizinkan nak buat entry panjang-panjang... Nanti syaf akan teruskan sambungannya lagi..

wassalam...

.

3 Response to Hakikat - Part 3

April 17, 2011 at 11:59 AM Reply To This Comment

sntiasa muhasabah diri..
kdang2 idup kita begitu la, kadangkala datang dugaan buat kita sedar, tp ada tikanya tempuhi ujian buat kita makin tsasar..

April 24, 2011 at 7:34 PM Reply To This Comment

terus bersabar mengharungi kehidupan..ikhlaskn hati menghadapi segala dugaan

April 25, 2011 at 2:51 AM Reply To This Comment

@izzati wanie
SEGala Kata-kata NasiHat SYaf Akan SimPan Untuk SYaf KUatKan DiRi...tq BS

Post a Comment