TERIMA KASIH SAHABAT

Sunday, April 17, 2011

Mencari Sahabat

5

Assalamualaikum... Tajuk Entry nie "MENCARI SAHABAT" dari Blog Toyol Kiut Nak Baca lebih lanjut (klik Kat Sini) .. SYaf TerTarik DeNGan Kata-kata Dalam Puisi Ini... TerLalu BanYak Untuk DireNungi... Jom Hayati MakNa Dalam PuiSi iNi...


bila ku bilang pelangi itu empat warna..
kau tersengih geleng kepala..
bila ku kata salju itu sehangat bara..
kau tak nafi senyum bersahaja..

apa yang ku bahas kau tiada peduli..
kerana bagimu minda ku secetek air perigi..
sedangkan tinggi akal mu mencecah matahari..
seluas lautan sehebat kawah gunung berapi..

kalau aku salah..
kenapa kau tidak berhujah..
ajarlah aku menjadi betul..
bukan dibiar lurus bendul..

kalau aku dungu..
titipkan aku secubit ilmu..
bisikkan aku cara melangkah..
walau tempang sekurangnya tidak rebah..

andai aku bijak pandai..
akan ku bentuk emas dari pasir pantai..
jika aku otak bergeliga..
dah lama aku sampai ke angkasa raya..

apa erti mu sebagai kawan..
jadi kan ku badut untuk diketawakan..
mana baktimu sebagai teman..
menyumpah ku jadi semut yang lemas dalam manisan..

mungkin kerana diri mu bukan sahabat..
itu sebabnya ku dibiar terus tersesat..
mungkin juga sudah tersurat..
sahabat yang ku cari ada di akhirat.............


sumber:- http://toyolkiut.blogspot.com/2010/10/mencari-sahabat.html#ixzz1Jjrdh07g

.

5 Response to Mencari Sahabat

April 17, 2011 at 11:34 AM Reply To This Comment

i love this puisi.
just can say WOW WOW WOW.

April 17, 2011 at 11:52 AM Reply To This Comment

terima kasih..
apa yg syaf renung, fikir dan nampak dari puisi tu??

April 17, 2011 at 9:49 PM Reply To This Comment

bgus btul toyol kiut..huhu
mendalam makna puisi ni dlm persahabatan

April 17, 2011 at 9:51 PM Reply To This Comment

huhu..bgus btul..mendalam makna puisi ni dlm ikatan persahabatan

April 18, 2011 at 6:31 AM Reply To This Comment

Wah2.. Mendalam ayat tuh..
Memang sesuai utk kwn2 semua utk dijadikan ingatan =)

Post a Comment