TERIMA KASIH SAHABAT

Wednesday, January 23, 2013

Lama Sudah Tak Update Blog

0
LCB


Assalamulaikum.. Apa khabr semua..?? Rindu lak nak mula menulis semula.. Kecian lak blog nie dah berdebu..dah ada sawanag2 labah2 dah... Penulisan terhenti pun sbb pemergian arwah ayah... Nie baru nak update2 biasa2 je... nak bersihkan debu2 sat... Fb pun dah lama tak buka.. Rajin lak buka FB pastu buat GROUP (klik je kat situ) nak tambah2kan kenalan je... ok lah sebenarnya tak tahu nak tulis apa, fikiran masih tak ok lagi.... chill out......sambung lagi di lain kesempatan.... wassalam





.

Wednesday, April 18, 2012

Pemenang Kontest | Update #4

17


Asalamualaikum....
Mesti semua tgh menanti keputusan kontest nie kan.. Terlebih dulu syaf nak mohon maaf kerana terlalu lambat umum kan pemenang kontest ini..
Pertama sekali syaf ucapkan terima kasih pada anda semua kerana bersama2 syaf menjayakan kontest ini, syaf hargai setiap penulisan yang anda hantarkan..

Dan dikesempatan ini syaf sekali lagi memohon kemaafan dari anda semua kerana kelambatan syaf umumkan pemenang...Ya ALLAH... maaf kan syaf...semoga anda dapat memaafkan syaf...terlambatnya syaf umumkan pemenag ini kerana sekarang nie syaf diuji... Ayah syaf masih berada dihospital....dan sakitnya semakin teruk....YA RAbbi...sekarang nie kaki ayah syaf tak dapat nak digerakkan... Disini syaf akan kuatkan semangat untuk redha dan terus berusaha semampu dan sedaya syaf... Pada siapa yang mendoakan kesejahteraan ayah syaf , syaf ucapkan terima kasih berbanyak...

Ok ...maaf terpanjang lak menaip yang tak ada kena mengena ngan nama-nama pemenag..

Setelah 20 orang kekawan syaf baca entry 10 orang  yang terbaik...kami sebulat suara dah memilih pemenang tempat pertama, kedua serta yang ketiga... Pemilihan bukan diatas syaf seorang saje.. Sebab syaf memang tak dapat nak tumpukan sangat dengan entry-entry anda semua..

Nama Pemenang Pertama :


Nama Pemenang Kedua :


Nama Pemenang Ketiga :


Dan disini syaf ada BERITA GEMBIRA untuk anda semua... Syaf akan bagi BONUS lagi... Syaf akan pilih 20 orang untuk Hadiah BONUS / SAGUHATI berupa topup rm5 untuk menghargai setiap penulisan anda semua....

Nama Pemenang Sagu Hati :
  1. NIDA
  2. CIK FATYN
  3. CIK ZETTY
  4. FAIZAH
  5. BUDAK GEMOK
  6. ILYIA SYAFIRA
  7. SYAZMIE
  8. SHIDA
  9. LIYANA DELI
  10. FAIZZ
  11. ATHIRAH
  12. UNGU
  13. FARAH
  14. CIK PUAN MUDA
  15. KAMIL
  16. CIK HUJAN
  17. CIK LADIES
  18. SPANAR BURUK
  19. QILA
  20. CEMPAKA

Alhamdulillah berakhir sudah kontest ini... terima kasih semua...

CARA-CARA MENEBUS HADIAH :

Korang hanya perlu menhantar ke email syaf di alamat putra_rangga01@yahoo.com ..
caranya dengan menaip...
  • CONTOHNYA :

  • PERTAMA - (nama anda) - (no fon) - (link entry anda)
  • KEDUA - (nama anda) - (no fon) - (link entry anda)
  • KETIGA - (nama anda) - (no fon) - (link entry anda)
  • BONUS SAGUHATI - (nama anda) - (no fon) - (link entry anda)

SEKIAN TERIMA KASIH....

.

Sunday, April 15, 2012

Contest | 10 Yang Terbaik | Update #3

18

Assalamualaikum.. Syaf minta maaf sesgt kerana tak berkesemptan nak update contest cerita seram ini...
Ada sedikit urusan peribadi yang harus diselesaikan...
Disini syaf akan link kan 10 Entry terbaik yang telah dipilih oleh kekawan syaf dan juga untuk mereka menilai yang mana yang paling terbaik untuk menentukan juara...
Setelah mereka ada keputusan MUKTAMAT dan keputusannya pukul 12 tgh malam nanti syaf akan postkan...biar bertambah seram syaf baca...
OK disini syaf akan senaraikan 10 entry terbaik tu...Sbb jap lagi nak gi hospital nak jenguk ayah di wad..
Maaf sekali lagi kerana lambat buat pengumuman juara..

  1. http://alongnidar.blogspot.com/2012/04/contest-cerita-seram.html
  2. http://cyntaaabadies7296.blogspot.com/2012/04/contest-cerita-seram-fatyn-punya-cerita_5005.html
  3. http://anakmama89.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  4. http://momochunky.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  5. (maaf cerita anda copy paste)
  6. http://zakmalstory.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram-mistik-yang.html
  7. http://izzcoot.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  8. http://norfatiahyadz.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  9. http://menarikitugemuk.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  10. http://lovekamu.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram-by-syaf.html





.

Sunday, April 8, 2012

Contest : Cerita Seram | update #2 Contest Dah Tutup

3

  • Alhamdulillah Contest sudah pun ditutup.. 7.4.12
  • Terima Kasih pada mereka yang turut sama menjayakan contest ini..
  • Semua penyertaan yang menjoinkan diri (KLIK DISINI)
  • Hari Rabu ini syaf akan pilih 10 ENTRY yang membangkitkan keseraman..
  • Keputusan contest akan di umumkan pada 15.4.12
  • Dan sekali Lagi TERIMA KASIH kerana sudi meringankan jari-jemari anda menulis entry..




.

Saturday, March 31, 2012

Contest : Cerita Seram | update #1

5

Terima Kasih tak terhingga kepada semua blogger yang menyertai contest syaf ini...

Pada siapa yang nak join contest masih terbuka lagi.. Tutup 7.4.2011

Post kan Entry Anda Di Sini (KLIK)

Link-link Blogger Yang Join :

  1. http://menarikitugemuk.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  2. http://www.jejakaterhangat.com/2012/03/contest-cerita-seram-suara-tetamu-malam.html
  3. http://biarbulat.blogspot.com/2012/03/pengalaman-dikacau-hantulembaga.html
  4. http://faizuddinpro.blogspot.com/2012/03/rumah-sewa-uitm-berpuaka.html
  5. http://momochunky.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  6. http://www.cikladies.com/2012/03/contest-cerita-seram-hostel.html
  7. http://zakmalstory.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram-mistik-yang.html
  8. http://phatthegreat.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  9. http://lovekamu.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram-by-syaf.html
  10. http://www.sayabintang.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  11. http://luvstory24.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  12. http://ceretacinta.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  13. http://izzcoot.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  14. http://gelaksdurians.blogspot.com/2012/03/dipanggil-panggiluishserraaammm.html
  15. http://www.thecrowempire.com/2012/03/contest-cerita-seram-jin-pendamping.html
  16. http://hafizhafizol.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  17. http://norfatiahyadz.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  18. http://firdauszmohd.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  19. http://anakmama89.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  20. http://duniakushida.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  21. http://eeekram.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  22. http://gadeshmanje.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  23. http://mynameisliyanadeli.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  24. http://qilafuntime.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  25. http://paitkedin.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  26. http://spanarburuk.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  27. http://leeyana-ajibana.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  28. http://tiniersakura.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  29. http://eiyqa-contenganjalanan.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  30. http://mustwaniekl.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  31. http://rainyscream.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram-ketukan-misteri.html
  32. http://akuceritakualkisahku.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
  33. http://kata-kata-kiki.blogspot.com/2012/04/contest-cerita-seram.html
  34. http://nathirah.blogspot.com/2012/04/contest-cerita-seram.html
  35. http://ungupepel.blogspot.com/2012/04/contest-cerita-seram.html
  36. http://menariksanasini.blogspot.com/2012/04/contest-cerita-seram.html
  37. http://alongnidar.blogspot.com/2012/04/contest-cerita-seram.html
  38. http://cyntaaabadies7296.blogspot.com/2012/04/contest-cerita-seram-fatyn-punya-cerita_5005.html
  39. http://farahnasir123.blogspot.com/2012/04/contest-cerita-seram-bilik-123.html
  40. http://littlelulu-cempaka.blogspot.com/2012/04/cerita-seram-saya.html
  41. http://aku-umi-and-this-is-my-life.blogspot.com/2012/04/contest-cerita-seram.html
  42. http://kamilkata.blogspot.com/2012/04/contest-cerita-seram.html
  43. http://apitsukaapple.blogspot.com/2012/04/contest-cerita-seram.html



.

Saturday, March 24, 2012

Contest : Cerita Seram

72

SYARAT-SYARAT :
  • Letak banner contest ini kat entry anda. Link kan ke contest ini.
  • Buat satu entry kisah hantu yang pernah terjadi sepanjang hidup anda atau anda nak bercerita tentang hantu yang anda tahu. (jgn cerita semua jenis hantu cukup satu jenis je)
  • Post kan cerita anda diruang komen entry ini..
  • Harus Tag sekurang-kurangnya dua orang blogger.
Mudah saja syaratnya kan.

HADIAHNYA :
  • Pertama - RM30 (topup)
  • Kedua   - RM20 (topup)
  • Ketiga   - RM10 (topup)
Pemenang-pemenang akan di pilih mengikut cerita yang paling seram yang mampu buat bulu roma syaf berdiri...

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..

Nama pemenang akan syaf umumkan kat blog syaf..


.

Thursday, March 22, 2012

Puisi | Tersesat Jalan

6

TERSESAT JALAN :

Dibuka Perlahan-lahan Tirai Kehidupan..
Dihamparkan Kanvas Arah Seluas Persegi Dunia..
Perjalanan Dipeluk Erat...
Aku Kah Yang Tersesat Jalan..??
Pedih Singgah Dihati..

Tersesat Jalan...
Tak Ada Kata Dapat Dilahirkan...
Bisu...Bisu Perasaan...
Didalam Yang Akan Mengerti..
Walaupun Luarannya Pupus...


Isinya Tetap Hidup...
Denyut Nadi Menceritakan..
Kata Tak Akan Bersuara Lagi..
Jika Itu Membahagiakan..

Tersesat Jalan...
Hancur Rasa Ini...Dihalau Kenyataan...
Dimana Kah Sahutan Yang Mengajar...
Atau Aku Ditinggalkan Terasing..

Begitu Kah Yang Tertulis...
Sebegini Atau Masih Ada Sedikit Ruang..??
Mana Sorak Sokongan....Mana Tiupan Semangat...
Aku Masih Tersesat...

Ke Anehan Apakah Ini...??
Jiwa Disentap Terasing...
Airmata Tak Terdaya Disekang..
Bertapa Peritnya Rasa...

Tersesat Jalan...
Pada-MU ALLAH Ku Panjatkan Redha-MU..
Dalam Ketentuan-MU Yang Ku Lewati...
Pasti Ada Sesuatu Disana Nanti...
Kepercayaan Tidak Kan Hilang YAKIN..
Ampunkan Aku....YA ALLAH...




.

Wednesday, March 21, 2012

Puisi | Saat Ini

1

SAAT INI :


Saat Ini...
Teringat Akan Masa Kita Lewati..
Terasa Indah... Meresap Dalam Sanubari..
Walaupun Duka Sempat Singgah Hadapi Bersama..
Bahagia Selalu Dihati Ku..

Saat Datang Menghampiri...
Beri Segenap Janji...
Semua Atas Nama Kasih..

Saat Ini..
Ingin Selalu Ada Dengan Mu..
Seakan Tiada Terpisah..
Tapi Tak Mungkin Saat Ini..

Masih Banyak Mimpi Belum Tercapai...
Masih Banyak Keinginan Menjulang..
Biarlah Rasa Rindu Ini...
Kita Kuburkan Tanpa Nama..

Saat Ini...
Pulang Lah Dulu Ke Dunia Nyata Mu..
Beri Waktu Mu Pada Yang Lain..
Walaupun Hati Ingin Bersama..
Tapi Tak Mungkin Saat Ini...

Sampai Nanti Temui Kebenaran..
Tiada Apa Dipertahankan..
Sejalur Restu Dipisahkan...
Sampai Nanti Hilang Menghukum Diri..

Saat Ini..
Kini Hilang Sudah...
Kisah Hanya Kenangan..
Lihat Lah Aku Yang Membisu Menyayangi Mu..
Selalu Tetap Apa Adanya..




.

Friday, January 13, 2012

Puisi | Biar Kan Lah

12


BIARKAN LAH.....


Rasa Lemah Ku Hela Nafas Ini...
Teresak Ada Sayu Dihati...
Mampu Kah Ku Biar Kan...
Jiwa Yang Tersentap...

Ku Cuba Bangun...
Mencari Sesuatu Yang Hilang..
Terhenti Kah Pejalanan Ini...
Di Kala Kesuraman Berperang..

Biar Kan Lah....
Ku Jerit Ke Angkasa Perasaan..
Agar Lantunan Kedengaran Indah...
Siapa Aku...
Hanya Insan Kerdil..

Tarian Langkah Tak Bermaya...
Biar Kan Lah....
Hina Kah Aku...
Biar Kan LAh....

Sebanyak Mana Penilaian Dimata Kamu...
Aku Tetap Memandang YANG SATU..
Di Situ Damai Tenang Memeluk Ku...


.

Friday, January 6, 2012

Puisi | Untuk Apa Kah Air Mata Ini

9

UNTUK APA KAH AIRMATA INI :

Titisannya Begitu Suci..
Banyak Hal Yang Tak Terungkai..
Hati TerTanya-Tanya...

Kenapa Air Jernih Ini TerCipta...
Ada Kah Untuk Kesakitan..
Perit Kah Yang Dilalui..
Hingga Sayu Memintal RASA..

Kenapa Air Jernih Ini TerCipta..
Ada Kah Untuk Keinsafan...
Melihat Palitan Dosa Hitam..
Memamah Segenap Jiwa Yang Mati..

Kenapa Air Jernih Ini TerCipta..
Ada Kah Untuk Kesyukuran..
Nafas Yang Diberikan...
Agar Tidak Lupa Pada Pencipta-NYA..

Biar Pun Untuk Apa Ia Tercipta..
Biar Pun Sering Dipersoalkan Dalam Hidup..
Rasa Ketidak Adilan Yang Samar..
Biar Pun Diberi Berbagai Rasa..
Dalam Perjalanan Sedetik Cuma...

Jangan Lah Pernah Jemu...
Mempasakkan Tiang-Tiang Ketabahan..
Keyakinan Percaya..
Ketenangan Dalam Sabar..
Redha Penuh Keikhlasan..
Berpagar Kejujuran..
Hayatilah Keindahan Disetiap Penjuru Hati..
Agar Tidak Lupa..
Teguh Berdiri Mencari Sesuatu RAHMAT ILLAHI...

.

Wednesday, January 4, 2012

Itukah Perbezaannya : Suka , Sayang dan Cinta

5



SESEORANG :

Disaat kamu "MENYUKAI' seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri..
Disaat kamu "MENYAYANGI" seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri..
Disaat kamu "MENCINTAI" seseorang, kamu akan melakukan apa pun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu..

*Saat kamu MENYUKAI seseorang dan berada di sisinya maka kamu akan bertanya, "Bolehkah aku mengenalimu?"
*Saat kamu MENYAYANGI seseorang dan berada di sisinya maka kamu akan bertanya, "Bolehkah aku memelukmu..?"
*Saat kamu MENCINTAI seseorang dan berada di sisinya maka kamu akan menggenggam erat tangannya...

AIRMATA :

*SUKA adalah disaat dia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis.."
*SAYANG adalah disaat dia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
*CINTA adalah disaat dia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama."

PARAS RUPA :

*SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik dan menawan."
*SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
*CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata, "Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."

BENCI :

*Pada saat orang yang kamu SUKAI menyakitimu, maka kamu akan marah dan tak mahu lagi bercakap dengannya..
*Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakitimu, kamu akan menangis untuknya..
*Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kau akan berkata, "Tak apa dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.."

SOAL PERASAAN : 

*Pada saat kamu SUKA padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu..
*Pada saat kamu SAYANG padanya, kaum akan MEMBIARKANNYA MEMILIH..
*Pada saat kamu CINTA padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...

MEMERLUKAN :

*SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu membawa keuntungan saje..
*SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan kamu..
*CINTA adalah kamu akan menemaninya di saat bagaimana pun keadaannya..

IKHLAS:

*SUKA adalah hal yang mengharap..
*SAYANG adalah hal memberi dan menerima..
*CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.. Saat kamu Mencintai seseorang, kamu akan melakukan apa pun jua untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu..


**Pikirlah dengan matang, dan bezakan apa itu SUKA, SAYANG, dan CINTA..


.

Monday, December 26, 2011

Puisi | Yakin Lah

2

YAKIN LAH:

Angin Semarak Bertiup...
SEMANGAT Penuh Maksud Terkias...
Bebaskan Minda Dari Jajahan..
Di Utus Cebisan Rasa Untuk Lebih Mengerti..

Angin Apakah Ini...??
Bertiup Penuh Maksud Mendalam..
Bergegar Gelombang JIWA Cabaran Tersahut...
Ku Utuskan Cebisan RASA....
Untuk Lebih Mengerti akan PERASAAN...

Malam Memeluk Hati Tak Keruan..
TerDiam Bintang Mendengar Gelora Perasaan...
Denyutan RINDU Dapatkah Dirasai...
Yakin Lah HATI...
Kerana DIA Sentiasa Memerhati...


.

Saturday, December 24, 2011

Puisi | Mencari Arca Hati

0

MENCARI ARCA HATI :

Lagi Disini...
Ku Temui Wajah Berdiri Kaku...
Laksana Tugu Retak Terpatri...
Antara Penjuru Pintu Hidup..

Hati...
Dimana Kah Teguh Mu..
Dimana Kah Tunjuk Lurus Mu..
Membiarkan Aku Lemas..
Bersama-sama Jejak Sendiri..
Yang Kini Hilang..
Lagi Terasing Berpaut Arah..

Dan Setiap Kali Diri Ini Cuba...
Cuba Memeluk Arca Hati..
Rasa Tersirap Sentosanya...
Kabus Menyambar... Membawa Pergi...
Nestapa Digigit Sepi Malang..

Dimana Kah Arca Hati...??
Jawapan Kaku Dan Bisu...
Hadirkan Lah Sopan Bagi Ku..
Walaupun Lingkaran Sedih Menghuni..

Impian Melambai Mesra.. 
Duhai Arca Hati..
Nyah kan Derita Yang Mengepung Jiwa...
Lahir Kan Insaf Dan Setia PADA-MU....


.

Puisi | Andai Saja

4

ANDAI SAJA :

Andai Saja Aku Pelukis...
Pasti Kan Ku Lukis Permandangan Indah...
Dari Warna-Warna Suara Mu Yang Riang...

Andai Saja Aku Tukang Jahit..
Pasti Kan Ku Sulam Kasih..
Dengan Corak Asyik Senyuman Mu..

Andai Saja Aku Punya Kuasa..
PAsti Kan Ku Pintal Awan Di Langit..
Menjadi Ukiran Nama Mu..

Agar Kamu Tahu...
Bertapa Aku Sayang Kamu...


.

Monday, November 14, 2011

Puisi | Wajah-Wajah Cinta

9

Wajah-Wajah Cinta :

Sepi Yang Gelora...
Syahdu Bermukim Dipantai  Hati..
Bingkisan Semalam Ku Coretkan..
Terbukalah Tirai Kasih...

Malam Ini Kian Sepi...
Mampu Kah Ku Tilik Kisah Manusia..
Menghujudkan Bayang-Bayang Cinta..

Itu Kah Wajah-Wajah Cinta...??
Terkaku Melihat Santun Bicara...
Atau Terperdaya Padanya...
Sebuah Kata Bernama Cinta...??

Di Kamar Ini...
Berlangitkan Sepi Ku Pejamkan Mata...
Mencari Warna Cinta Murni..
Kunjung Kah Bimbang...!!
Takut Kah Aku..??
Wajah Cinta Kan Berubah...
Datang Dan Pergi Silih Berganti..

Setitis Wajah Cinta Dari Embun Pagi..
Ku Ukirkan Di Persada Hati..
Semoga Terus Suci Dan Abadi..
Tiada Terpedaya Di Esok Hari..

.

Wednesday, October 19, 2011

Ibu Saya Pembohong | Artikel Dari Facebook

9

**SUMBER (klik sini)


IBU SAYA PEMBOHONG :(

Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku.Ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya lapan kali ibu membohongi saya.Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil.Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1keluarga. sbgai anak yg masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sya, ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak lapar." -PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Ketika saya mulai besar, ibu sering meluangkan waktu untuk memancing d tali air berhmpiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu saya makan gulai ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa ikan yg saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu begitu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada ibu. tetapi ibu dengan cepat menolaknya. ibu berkata; "Makanlah nak,ibu tak suka makan ikan." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dgn membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan adik. Suatu dinihari, lebih kurang pukul 1.30 pagi,saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata; "Ibu tidurlah, esok pagi ibu kena pergi ke kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Dihujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dpat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus bersabar menunggu saya di luar dewan. Ibu sering kali tersenyum dan mulutnya terkumat kamit berdoa agar saya lulus peperiksaan ini dgn cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan pepriksaan sudah selesai, ibu segera menyambut saya dan menuangkan kopi yg sudah siap dalam botol yg dibawa. Kopi kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu dibasahi keringat saya segra memberikan cawan saya untuk ibu dan menyuruh ibu minum.Tapi ibu cepat2 menolaknya dan berkata:"Minumlah nak, ibu tak haus" -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEEMPAT

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas beberapa bulan saya dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. tapi apalah kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yng semakin parah, seorang pakcik yg baik hati dan tinggal berjiran dgn kami datang untuk membantu ibu. Anehnya ibu menolak bantuan itu. Jiran2 sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yg akan menjaga ibu dan mencari wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yg memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah abang habis belajar dan mula bekerja, ibu pun sudah tua.Abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah.Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu mahu. IBu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Abang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata: "Jangan susah2,ibu ada duit."-PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah tamat pengajian di unioversiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dgn cemerlang kamudian saya pun bekerja dgn syarikat yg telah membiayai pengajian saya.Dgn gaji yg agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dgn penderitaan. Eloklah kalau hari2 tuanya ini ibu habis dgn keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yg baik hati menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dgn berkata: "TAk payahlah nak,ibu tak biasa tinggal di negara orang." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu kelihatan sangat tua,menatap wajah saya dgn penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yg menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dgn jelas betapa penyakit ibu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan airmata. Saya cium tangan ibu kemudian mengucup pula pipi dan dahinya. Disaat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan begitu. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata:"Jangan menangis nak,ibu tak sakit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya buat selama-lamanya. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau anda jauh dari mata,anda boleh menelefonnya sekarang dan berkata, "Ibu, saya sayangkan ibu." Tetapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yg amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata2 itu ke telinganya sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ibu, maafkan anak mu ini. SAYA SAYANG IBU....



.

Puisi | Menggarap Sebuah Damai

1

MENGGARAP SEBUAH DAMAI :

Termanggu Di Tepian Usang..
Merenung Senja Merah Berlabuh Pulang...
Menanti Malam Membuka Tirainya..
Hati Tertanya-Tanya...

Bisakah Damai Ini Berterusan..??
Meredakan Omabak Gundah Celaru..
Dalam Sejalur Kehidupan..
Telah Nyata Di Takdirkan...
Pada Insan Yang Bernama AKU..

Di Sini....
Di Pantai Rasa Yang Sepi...
Aku Hanya Mampu Mencipta Bait-Bait Kata...
Berpuisi Kah Aku..
Mencoretkan Gumpalan Ayat...
Dengan Bebayang Syurga..

Kedamaian Rasa Di sini..
Cuma Angin Dan Ombak Laut...
Yang Tahu..
Biarkan Ianya Turut Sama Berlagu..
Berdendang Seiringan...
Dengan Melodi Jiwa Dinyanyikan..

Ku Garap Sebuah Damai..
Biar Ku Kutip Keinginan Rasa..
Ku Kutip Syahdu Dan Rindu..
Ku Kutip Jua Semaian Hakiki...
Biar Terkubur Segala Resah Melanda..

Kenangan Di Sini..
Terpeluk Erat Dalam Kamus Diri..
Besembunyi Lah Hati..
Merenungi Sejuta Kisah..
Sebuah Damai Tanpa Titiknya...


.

Thursday, October 13, 2011

Puisi | Batin Ku Menjerit

3

BATIN KU MENJERIT :

Ya ALLAH...
Tangan Ku Tadah..
Meraih Simpati Ehsan Dari-MU..
Merintih Batin Ku...
Menjerit Jiwa Ini...

Ya ALLAH...
Sesunggunya Ku Tak Layak Ke Syurga-Mu...
Namun Tak Pulak Aku Sanggup Ke Neraka-MU...
Dosa-Dosa Ku Bagaikan Butiran Pasir..
Mengharap Selautan AirMata Menyucikan...

Ya ALLAH..
Berapa Lama Lagi Kah Waktu Yang Ada...??
Tinggal Berapa Lagi Usia Yang Tersisa...??
Apa Perjalanan Semalam Tersimpan Makna...??
Atau Hanya GAH Bersama Dosa Dilaknat..??

Ya ALLAH...
Tangisan Ini Memandang Darjat-MU Tinggi..
Tangisan Ini Menyentuh Keinsafan Diri...
Tangisan Ini Takutkan Api Murka-MU..
Tangisan Ini Meminta Sayang-MU...
Tangisan Ini Merayu Keampunan-Mu...
Berikan Lah Hidayah-Mu Pada Hamba Yang Khilaf...



.

Monday, October 10, 2011

Puisi | Doa Dan Harapan Bonda

3

DOA DAN HARAPAN BONDA :

Bonda...
Dalam Ruang Hatimu Berlabuh Sekeping DOA...
Terpacak Ditepian Pantai Bersama Daun-Daun KASIH Kehijauan..
PERCAYA Hatimu Itu Tidak Akan Diragut BIMBANG...
Menanti Kepulangan TERAJU Dirantau, Memperjuangkan HARAPAN..

Bonda..
Jasad Sasa Ini Tetap Hidup Dalam Doa-MU...
Tertulis Dalam Kasih Sayang-Mu BERAZIMATKAN Berkat...
Untuk Satu Penyempurnaan Pada Paluan KATA perjuangan...

Bonda...
Renungan Di Bening Mata..
Wajah Siapa MENYATUNKAN Zaman Manis...??
Indah Terlukis Dijiwaku, Itu BONDA...
Cekal Hati Menanti Ku Pulang...
Membawa HARAPAN Untuk Disajikan...

Bonda...
Semalam Khabar Sudah Kita Tarikan...
Dendang Hati Dari Perjuangan..
Lagu MELODIKAN Manusia Dalam Secangkir RAGAM kekeliruan...

Pesan Doa-MU Bonda...
Bila-Bila Pun Kita Akan Meniti Jalan Kehidupan...
Seiring Salam KASIH Kau Kirimkan...
Menuju Puncak SYURGA Kau Lafazkan..

Bonda...
Dan Biarlah Hari Ini..
Dunia Dan Peristiwa Bertemu Dalam Hari Yang Diraikan...
Tiga Ungkapan Keramat BERBUNGA Jiwa..
""AKU SAYANG BONDA""

Ku Menjenguk Dikamar KEPERCAYAAN..
Bersama Azimat Diatas Doa-Mu Bonda..
Kan Ku Hadiahkan KEBAHAGIAAN...
Kan Ku Persembahkan KENYATAAN..

Bonda..
Kesetiaan Ku Terlalu Kecil Berbanding PENGORBANAN-MU..
Ini Lah Luahan Anak Mu Jauh Diperjalanan..
Memperjuangkan KEHIDUPAN Dalam HARAPAN..


.

Jom Join Bloglist Reynn Comel

1


Kalau Nak Join Meh Lah ( KLIK SINI )

**Hope Reynn tak mudah menyerah taw....terus berusaha untuk mencapai kejayaan...**


.