TERIMA KASIH SAHABAT

Thursday, July 21, 2011

Terus Mengapai (part 5)

2




Maafkan aku sahabat... Seringkali diri ini terleka.. Dengan indahnya alunan yang kau lagukan... Namun kini aku ingin menginsafi setiap detik yang penuh dengan ketidakpastian...Izinkan aku mengudur diri dari semua ini.. Kerana aku tahu, kini antara kita telah tercatat suratannya... Yang mana kenangan indah itu cuma lah seketika... Aku mahu menghapuskan ke tidak stabilan emosi yang acap kali menganggu rutin harian ku... Semenjak sengketa telah tercipta... Tetapi sebagai insan yang pernah mengelar diri kau sebagai sahabatku... Sesungguhnya aku memaafkan setiap kesilapan yang meninggalkan luka di hati ini...

Aku pasrah dan redha dengan takdir yang telah diberikan kepada kita... Dirimu masih lagi seorang insan yang aku kenali ketika duka menyelubungi hidupku... Masih jua insan yang aku sayangi sedikit masa dahulu... Cuma situasi pada saat ini, kita tidak mampu untuk terus melayari bahtera kasih seperti mana pernah diharapkan...

Teman... Adakalanya kita perlu melepaskan sesuatu yang berharga milik kita kerana kita tak akan mampu untuk terus menyimpannya... Memang terlalu sukar melepaskan sesuatu yang kita sayangi.. Namun perlu kita ingat ....tidak semua yang kita miliki itu hak mutlak kita.. Akan hadir suatu detik terdapat insan lain yang memerlukannya lebih dari kita... Waktu itu antara terpaksa dan rela kita perlu jua membiarkan ianya terlepas dari genggaman..

Apa salahnya kita berikan sesuatu yang berharga itu kepada insan lain andainya dia bebar-benar memerlukan... Syukurlah kerana kita telah merasainya dan mempunyai cebisan daripada sesuatu yang berharga itu.. Untuk insan yang memilikinya saat ini... Hargai lah ianya sebaik mungkin...jangan kelak kau menyesal kehilangannya..

.

2 Response to Terus Mengapai (part 5)

July 21, 2011 at 3:43 AM Reply To This Comment

pasrahnyer brother syaf nih... nice bro...

July 21, 2011 at 5:33 AM Reply To This Comment

kadang2 kita kena banyak beralah dengan satu alasan yg bernama "pengorbanan"

Post a Comment